Hi cebongers. Ini adalah blog grup cebonk, disini penulis akan menyuguhkan berbagai cerita yang dapat memotivasi diri cebongers. Selain itu juga penulis akan memberikan cerpen-cerpen untuk menghibur semuanya.
RSS

Jumat, 14 Januari 2011

1 dollar 11 sen

Sally, yang berusia 8 tahun, adalah anak sulung daripada dua beradik. Dia baru sahaja mengetahui yang adiknya, George, sakit dan perlu dan dibedah. Ibu bapanya yang berpendapatan rendah tidak mungkin mampu membiayai perbelanjaan pembedahan yang mahal itu, apatah lagi jaminan insurans kesihatan mereka sudah lama ditamatkan kerana tidak mampu membayar premiumnya.
“Hanya doa dan keajaiban yang dapat menyelamatkan adikmu!” kata bapanya kepada Sally.
“Keajaiban? Apa itu?” Sally bertanya di dalam hatinya.



Sejurus kemudian Sally masuk ke biliknya dan berdoa untuk mendapat keajaiban yang dia harapkan, iaitu supaya adiknya sembuh. Tidak lama selepas itu, Sally keluar dari bilik dan pergi menjenguk adiknya. Dia ingin melihat samada doa yang dibacanya tadi sudah menyembuhkan George atau tidak.
Ternyata, adik kesayangannya itu belum sembuh lagi. Lalu dia kembali semula kebiliknya dan mengambil tabung yang berisi duit simpanannya. Dia memecahkan tabung itu dan mengumpulkan satu-persatu duit-duit logam yang bertaburan. Selepas dikira, tabungannya hanya berjumlah 1 dollar 11 sen.
Sally kemudiannya meminta izin daripada ibu bapanya untuk pergi ke kedai ubat di seberang jalan bagi membeli ubat untuk adiknya. Dengan rasa terharu, ibunya membenarkan Sally membeli ubat dengan berbekalkan sejumlah wang yang mustahil untuk membeli ubat yang diperlukan.
Setibanya di kedai ubat, Sally tidak dipedulikan oleh pekerja di situ, mungkin kerana dia masih muda untuk berbelanja. Pelbagai cara untuk menarik perhatian pekerja di sana, tetapi tetap tidak berhasil. Namun Sally tidak berputus asa. Dia kemudiannya mengetul-ngetuk kaca kaunter dengan duit logamnya sehingga kedengaran bunyi yang agak bising. Akhirnya, seorang pekerja kedai ubat datang menghampiri Sally dengan muka marah, lalu bertanya, “Apa kamu mahu?”
“Saya mahu membeli keajaiban bagi menyembuhkan adik saya yang sedang sakit!”, jawab Sally tegas sambil menunjukkan wangnya yang berjumlah 1 dollar 11 sen itu.
“Maaf adik, di sini kami tidak menjual keajaiban. Kami hanya ada menjual ubat-ubatan. Pergilah balik dan minta duit secukupnya daripada ibu bapa kamu supaya dapat membeli ubat yang diperlukan”, kata pekerja itu dengan nada kesal.
“Makcik, tolonglah! Kata ayah, hanya keajaiban yang dapat menyembuhkan adik saya. Mungkin makcik boleh menolong saya?” Kata Sally lgi.
Belum sempat petugas itu menjawab, tiba-tiba seorang lelaki yang dari tadi mendengar percakapan Sally, datang menghampiri mereka.
“Siapa nama kamu? Keajaiban bagaimana yang diperlukan oleh adik kamu?”, tanya lelaki itu.
Sally mula menceritakan kisah dirinya dan keadaan adiknya yang sakit itu, sementara lelaki itu mendengar dengan penuh sabar.
“Adik saya sudah lama sakit dan perlu dibedah. Tetapi ibu bapa saya tidak punya wang yang cukup bagi membayar perbelanjaan pembedahan itu. Kata ayah, hanya keajaiban yang dapat menyembuhkan adik saya. Sebab itu saya datang ke sini, untuk mencari keajaiban seperti yang ayah katakan!”, kata Sally.
Semakin lama Sally bercerita, semakin parau suaranya. Malah, ketika bercerita mengenai keadaan adiknya, Sally mula menangis. Cerita Sally menyentuh hati lelaki berkenaan.
“Sudahlah Sally, jangan menangis lagi. Sekarang, boleh bawa saya berjumpa dengan ibu bapa Sally? Sekiranya boleh, saya ingin ke rumah Sally dan melihat keadaan adik Sally yang sakit itu”, kata lelaki itu sambil memeluk Sally.
Rupanya lelaki itu adalah seorang pakar bedah terkenal yang bernama Carlton Armstrong. Dipendekkan cerita, George akhirnya selamat dibedah dan keadaannya kembali pulih seperti biasa. Pembedahan itu dilakukan sendiri oleh Dr. Armstrong, malah kosnya adalah percuma.
“Pembedahan itu pasti mahal. Sekiranya kamu tidak mempunyai keyakinan dan kasih sayang terhadap adikmu, ibu tidak dapat membayangkan berpa harga yang perlu kita bayar kesemua ini”, kata ibu Sally sambil memeluk anak kesayangannya itu.
“Ibu, harga pembedahan itu adalah 1 dollar 11 sen ditambah dengan keajaiban”, jawab Sally dengan gembira.
Be creative, Be positive, Be happy

sumber : http://segalaceritera.com/atik/2010/12/17/1-dolar-11-sen/

0 komentar:

Posting Komentar